Selang beberapa hari, Biru pula kelihatan tidak sihat.. Ia tidak selincah seperti biasa.. Masa yang terluang hanya dihabiskan dengan termenung di beranda rumah.. Pada mulanya aku tidak sedari perubahan yang terjadi ke atas Biru.. Pada asalnya aku rasakan Biru lebih suka berada di luar rumah kerana tidak selesa dengan keadaan dan suasana yang bising atau pun panas.. Lama-kelamaan aku dapati Biru bukan sahaja termenung malahan seperti tidak bermaya..Oleh sebab aku juga agak sibuk untuk mengemas rumah pada waktu itu, kadang kala aku seperti melupakan apa yang telah berlaku ke atasnya.. Maafkan ayah, Biru.. Maafkan ayah seandainya telah melukakan hatimu....
Setelah puas berada di beranda rumah, Biru akan masuk ke dalam bilik..Kebiasaannya, Biru akan tidur dan berehat di atas katil tetapi kali ini keadaannya berbeza sama sekali.. Biru akan tidur di bawah katil seolah-olah inginkan suhu yang agak dingin.. Mungkin suhu badannya yang agak panas membuatkannya lebih selesa untuk berehat di bawah sana.. Apabila aku masuk ke dalam bilik dan memanggilnyya keluar, ia seolah-olah tidak mahu menjawab dan menyahut panggilanku..Situasi ini membuatkan aku berasa serba tidak kena..Pelbagai persoalan mula bermain di fikiranku.. Adakah Biru merajuk? Adakah aku telah melukakan hatinya? atau......Biru dalam keadaan yang amat sakit hingga tidak mampu untuk menyahut panggilanku....
No comments:
Post a Comment